Wednesday, March 25, 2009

amali 4 - kajian masa dan gerakan

OBJEKTIF

Untuk menentukan kadar penggunaan masa bagi aktiviti-aktiviti tertentu dalam sesuatu hari.



Untuk menentukan kadar penggunaan tenaga harian.



Untuk menentukan tahap aktiviti fizikal (TAF) atau PAL individu dan kumpulan.




KAEDAH

1. Subjek dikehendaki mencatatkan aktiviti-aktivitinya selama 3 hari ( 2 hari biasa dan 1 hari minggu ) dalam borang yang telah disediakan dengan tepat.

2. Hari yang dipilih untuk mencatatkan aktivitinya mesti serentak dengan hari yang melakukan kajian menimbang pengambilan makanan.

3. Setiap aktiviti yang dilakukan dicatat setiap selang 5 minit secara terperinci, misalnya samada duduk makan, duduk membaca atau duduk menulis.

4. Jumlah masa bagi setiap aktiviti yang dijalankan setiap hari dikira dan purata bagi 3 hari dilaporkan.

5. Untuk menentukan kadar penggunaan tenaga harian, jadual yang dilampirkan
digunakan. Nilai ( kcal / min ) bagi aktiviti tertentu dalam jadual yang dilampirkan perlu diubahsuai mengikut berat badan individu.

Kos metabolic aktiviti = Masa (min) setiap aktiviti x kos (kcal) aktiviti tersebut





JADUAL KADAR METABOLIK AKTIVI-AKTIVITI TERTENTU
(Ubahsuai kadar mengikut berat badan subjek)


Aktiviti-aktiviti Perempuan, 51 kg (kcal/min)
Baring dan tidur 0.8
Duduk ( membaca, mendengar radio, menonton tv) 1.1
Duduk (makan) 1.4
Duduk (menulis) 1.5
Berdiri 1.3
Berjalan 2.9
Turun naik tangga 5.6
Aktiviti peribadi 2.1
Mengemas katil dan bilik 3.2
Membasuh baju (tangan) 3.7

rujukan :
1. Dunin JVGA & Passmore (1967) Energy; Work dan Leisure Heinimann, London
2. Data dari kajian tempatan. (Ismail et al 1989)


rujukan bagi aktiviti lain boleh didapati daripada papan kenyataan gimnasium.



LAPORAN :

1) pengenalan
2) kaedah yang digunakan
3) semua hasil data yang dikumpul mesti dilampirkan dalam laporan anda
a) sediakan satu jadual penggunaan masa ntuk tiga hari, dapatkan purata dan peratus masa untuk setiap aktiviti
b) sediakan satu jadual penggunaan tenaga (kcal/hari) menggunakan purata penggunaan masa (3 hari) dan kos metabolik setiap aktiviti yang dilakukan.
4) buat perbandingan antara jantina, data anda dengan data kelas
5) perbincangan (gunakan rujukan yang sesuai)