Saturday, January 31, 2009

panduan merancang menu harian

Ramai pelajar meminta saya menerangkan semula panduan merancang menu..di sini saya akan menekankan beberapa konsep yg perlu difahami..

Langkah 1 (penentuan kalori)

-Tentukan BMI.
-Darabkan berat badan individu dengan faktor pendaraban.
-Bagi individu obes/overweight, perlu dapatkan berat pada BMI normal
-Cth : A mempunyai ketinggian 160cm dgn berat badan 80kg.(BMI =31.3).
Berat yg sesuai untuk ketinggian A ialah 60kg(BMI = 23.4).
Maka, berat yg perlu didarabkan dgn faktor pendaraban ialah 60kg.

PERINGATAN : darabkan berat (bukan BMI) badan dengan faktor pendaraban..

Langkah 2 : Agihan Karbohidrat, Protein, dan Lemak Mengikut Jumlah Kalori

andaikan jumlah tenaga yang perlu diambil ialah 1500kcal, maka 55% tenaga diambil daripada CHO, 15% daripada protein dan 30% daripada lemak.

tenaga daripada CHO ; 1500 x 55 = 825 kcal
100

tenaga daripada protein ; 1500 x 15 = 225 kcal
100

tenaga daripada lemak ; 1500 x 30 = 450 kcal
100

maka ,tenaga yg perlu diambil drpd CHO ialah 825kcal, protein 225 kcal dan lemak 450 kcal.

kemudian, tukarkan dari unit kcal kepada unit gram(G)

1 gram CHO = 4 kcal
1 gram protein = 4 kcal
1 gram lemak = 9 kcal

justeru, untuk menukarkan unit dari kcal kepada gram;

bagi CHO ; 825 kcal bahagi 4 = 206g
bagi protein ; 225 kcal bahagi 4 = 56g
bagi lemak ; 450 kcal bahagi 9 = 50g

dengan ini, jumlah CHO yg perlu dimakan adalah sebanyak 206g
lemak 50g dan protein 56g

persoalannya kini...206g CHO tu berapa pinggan nasik?? 56g protein tu berapa ketul ayam? berapa liter minyak kena makan utk 50g lemak?

atas: assumption yg diguna pakai. tengah : anatomical landmarking.. bawah : peralatan calipers, marker,tape

panduan belajar DKK 3074 penilaian status pemakanan

BAB 1 : PENGUMPULAN TENAGA DAN PENGAMBILAN NUTRIEN
 Pengenalan kepada penilaian status pemakanan.
 Kaedah FFQ.
 Kaedah ingatan 24 jam
 Kaedah menimbang makanan

 Penentuan anggaran pengambilan tenaga
 Panduan merancang menu
 Penentuan kadar metabolisme asas.
 Kaedah prospektif.

AMALI 1

- Amali menimbang makanan, ingatan 24 jam menggunakan perisian Diet 4.

BAB 2 : KAEDAH ANTROPOMETRIK
 Pengenalan dan kepentingan antropometri
 Komposisi tubuh
 Jisim tubuh tanpa lemak (JTTL)

 Penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI)
 Kaedah ’Landmarking’

 Pengukuran ketebalan lipatan kulit.

AMALI 2

- Amali ’landmarking’ dan pengukuran ketebalan lipatan kulit menggunakan skinfold calipers

BAB 3 : KAEDAH KOMPOSISI TUBUH

 Jisim tubuh lemak (JTL).
 Densitometri.
 Dilutometri

 Penentuan air tubuh.
 Penentuan kalium total dalam tubuh.

AMALI 3

- Amali kaedah Bioimpeden.

PEMBENTANGAN KAJIAN KES

UJIAN 1

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
BAB 4 : KAPASITI KERJA FIZIKAL DAN KAEDAH KECERGASAN FIZIKAL

 Pengenalan.
 Efisiensi kardiorespiratori.

 Kekuatan otot.
 Prestasi motor.

AMALI 4

- Amali elektrokadiogram

BAB 5 : PENGGUNAAN PENGAMBILAN TENAGA

 Definisi keseimbangan tenaga.
 Keperluan dan kepentingan keseimbangan tenaga.

 Keseimbangan tenaga dan aktiviti.
 Kaedah plethora
 Motion assessment devices

AMALI 5

- perekodan aktiviti seharian (pedometer)
- penentuan tahap aktiviti fizikal (PAL)

BAB 6 : KAEDAH MINERAL DAN ELEMEN SURIH

 Pengenalan
 Penentuan status Natrium tubuh
 Penentuan kalium dalam tubuh
 Penentuan Kalsium tubuh

AMALI 6

- Pengukuran kandungan Natrium, Kalium dan Kalsium darah

BAB 7 : KAEDAH PROTEIN
 Indikator status nutrisi
 Penentuan protein plasma
 penentuan kreatinin urinari

AMALI

- pengukuran protein dalam darah dan urin
- pengukuran kreatinin dalam darah dan urin
TUTORIAL
UJIAN 2
DKK 3074 PENILAIAN STATUS PEMAKANAN

AMALI 2: PENGUKURAN ANTROPOMETRI DAN KOMPOSISI TUBUH

Data antropometri yang diambil adalah berat badan dan ketinggian serta ukuran komposisi tubuh iaitu jumlah lipatan kulit. Pengukuran antropometri dan komposisi tubuh ini hanya dilakukan sekali sahaja iaitu pada peringkat permulaan kajian.

1.1 Berat badan

Berat badan atlet diukur dengan menggunakan alat penimbang TANITA Digital Scale (West Germany) yang telah dikalibrasikan dalam unit kilogram (kg) dengan kepekaan ± 0.1 kg. Pengukuran dilakukan dengan menempatkan alat penimbang di atas lantai yang rata dan mendatar. Atlet berpakaian minimum, ringan dan tanpa berkasut serta diarahkan berada sepenuhnya di atas panel penimbang dengan kepala menghadap ke hadapan semasa pengukuran dijalankan.

1.2 Ketinggian

Ketinggian diukur menggunakan SECA Body Meter 208 (West Germany) yang telah dikalibrasikan dalam unit meter (m) dengan kepekaan ±0.01 m. Semasa pengukuran dilakukan, atlet berdiri tegak di bawah pita Bodymeter dengan kedua-dua kaki dirapatkan di atas lantai dan mendatar. Kepala atlet pula berada pada kedudukan satah Frankfurt semasa bacaan diambil.

1.3 Pengkelasan Indeks Jisim Tubuh

Indeks Jisim Tubuh (IJT) dikira berdasarkan nisbah ukuran berat badan kepada ketiggian dalam unit kg.m-2 (WHO 1998).

1.4 Ketebalan lipatan kulit

Ukuran ketebalan lipatan kulit pada 7 bahagian tubuh untuk menentukan ketumpatan tubuh mengikut saranan Withers et al. (1987) bagi atlet lelaki diambil menggunakan Harpenden Calipers (United Kingdom) bertekanan 10g.mm-2 dan diukur sehingga ketepatan 0.1 mm. Bahagian tubuh tersebut meliputi trisep, subskapular, bisep, supraspinal, abdomen,depan peha dan tengah betis. Semua pengukuran dilakukan secara duplikat pada sebelah kanan tubuh subjek bagi memastikan keseragaman.

1.4 Protokol Landmarking

Sebelum pengukuran dilakukan, penentuan kawasan atau bahagian tubuh spesifik untuk ukuran ketebalan lipatan kulit ditentukan terlebih dahulu. Teknik ini dikenali sebagai landmarking dan ia merujuk kepada titik rangka yang bersentuhan dengan permukaan tubuh. Berikut merupakan antara bahagian tubuh spesifik yang ditandakan mengikut panduan International Society for the Advancement of Kinanthropometry (ISAK) dalam pengukuran lipatan kulit kajian ini (Norton et al. 2000):

1. Acromiale – penyelidik berdiri di belakang atlet, sentuh sepanjang tulang skapula atlet sehingga ke tepi akromion dan ditandakan. Pensil yang lurus digunakan pada lateral akromion untuk menentukan sempadannya. Acromiale adalah tempat sempadan lateral dan superior dimana ia merupakan posisi mid deltoid apabila dilihat dari tepi subjek.

2. Radiale – tempat bagi sempadan antara bahagian atas dan lateral tulang radius. Sentuh siku subjek supaya dapat merasai ruang antara kapitulum humerus dan kepala tulang radius. Lengan bawah subjek diputarkan supaya dapat merasai putaran pada kepala tulang radius. Bahagian sempadan superior lateral radius ditandakan.

3. Titik tengah Acromiale-Radiale – tangan atlet diluruskan, titik tengah antara acromiale dan radiale ditandakan. Kemudian, penanda diletakkan pada titik itu dan digerakkan secara horizontal ke permukaan posterior lengan atas. Ini adalah untuk menandakan lokasi pengukuran lipatan kulit trisep dan bisep.

4. Subskapular – atlet dikehendaki melipatkan tangan ke belakang, kemudian penyelidik menyentuh sudut inferior skapula dengan ibu jari dan lokasi tersebut ditandakan.

5. Iliospinale – penyelidik menyentuh secara menurun sepanjang tulang iliac crest sehingga hujung tulang itu ditandakan.

6. Ilio-axila – tangan atlet dinaikkan secara horizontal, bahagian lateral superior ileum ditandakan. Lokasi ilio-axilla adalah sambungan garisan titik tengah axilla dengan lateral superior ileum.

1.4.1 Protokol Pengukuran Lipatan Kulit

Pengukuran ketebalan lipatan kulit dimulakan dengan merujuk kepada lokasi- lokasi yang telah ditandakan melelui teknik landmarking. Berikut merupakan tujuh bahagian tubuh yang diukur dalam kajian ini :

1. Trisep – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan jari petunjuk kiri pada tanda di posterior garisan titik tengah acromiale-radiale. Lipatan kulit diambil secara selari dengan atas dan ukuran dibuat pada permukaan paling posterior trisep pada lengan tangan apabila dilihat dari tepi.

2. Subskapular – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan petunjuk kiri pada tanda 2 cm di bawah landmarks skapular dan condong pada sudut 45º.

3. Bisep – lipatan kulit dicubit dengan menggunakan ibu jari dan petunjuk kiri pada tanda di anterior garisan titik tengah acromiale-radiale. Lipatan kulit diambil secara selari dengan garisan lengan atas dan ukuran dibuat pada permukaan paling anterior bisep pada lengan tangan apabila dilihat dari tepi.

4. Supraspinale – ukuran dibuat pada titik silang antara anterior sempadan axillari dan superior sempadan ileum. Kedudukannya adalah 5 cm – 7 cm atas iliospinale dan condong pada sudut 45º mengarah ke bawah dan ke bahagian medial tubuh.

5. Abdomen – lipatan kulit diukur secara vertikal pada jarak 5 cm dari omphalalion di sebelah kanan tubuh. Omphalion merupakan titik tengah pusat.

6. Depan peha – ukuran dibuat secara selari denan paksi panjang femur pada kedudukan titik tengah antara lipatan inguinal dan sempadan paling atas patella. Subjek berada dalam keadaan duduk dengan membengkokkan lutut pada sudut 90º atau menegangkan kaki dengan tegak di atas kotak.

7. Tengah betis – subjek dikehendaki berdiri dengan kaki kanan berada di atas kotak atau berada dalam posisi duduk dalam keadaan lutut dibengkokkan pada sudut 90º. Ukuran dibuat secara vertikal pada bahagian yang mempunyai nilai ukur lilit yang paling maksimum pada medial betis.

Ketika ukuran dibuat, kulit atlet dicubit dengan menggunakan ibu jari dan jari petunjuk kiri 1 cm di atas titik pengukuran. Lipatan kulit yang dicubit terdiri daripada lapisan tisu adipos dan kulit. Semasa bacaan diambil, ibu jari dan jari petunjk hendaklah kekal pada lipatan kulit dan tidak dilepaskan. Bacaan kedua diambil setelah bacaan pertama untuk semua bahagian tubuh telah diselesaikan. Kemudian, purata bagi kedua-dua bacaan dicatatkan. Sekiranya wujud perbezaan sebanyak 5% atau lebih antara satu pengukuran dengan satu pengukuran berikutnya pada sesuatu bahagian tubuh, pengukuran kali ketiga dilaksanakan.

1.5 Pengiraan Peratus Lemak Tubuh

Ketumpatan tubuh (body density) dikira menggunakan persamaan Withers et al.(1987) yang mana persamaannya diolah berdasarkan hasil pengukuran jumlah ketebalan lipatan kulit pada tujuh bahagian tubuh atlet.

Persamaan Withers et al. (1987) yang digunakan bagi mendapatkan ketumpatan tubuh adalah seperti berikut:

BD = 1.0988 – 0.0004 (X1)

Nilai X1 adalah jumlah bacaan tujuh bahagian lipatan kulit

Kemudian, peratus lemak tubuh seterusnya dikira dengan menggunakan persamaan Siri (1961) seperti berikut :

Peratus lemak tubuh = 4.95 - 4.5 x 100
BD

amali 2

amali 1

to all 3rd sem (jan 08) student,

1) attach here are guideline for 24-hr recall and food weighing method

2) the full report need to be submitted by 1700 4th feb 09.

regards,

En. Faizal

OBJECTIVE

  1. The main purpose of this study was to assess individual food intake by using the dietary assessment as a tool to estimate nutrient intake during meals and snacks.
  2. To estimate the nutrient intake contains all the nutrient individual need per day.
  3. To determine whether nutrient intake requirement were achieved by means of food intake besides assessing individual nutrition
  4. Give experience to student, learn how to record the dietary intake by using:-

a) Weighed intake and diet 4 software program (Tee et.al 1997)

b) 24-hour recall and diet 4 software Program (Tee et.al 1997)

c) Food Frequency Questioner (FFQ) and diet 4 Software program (Tee et.al 1997)

  1. To compare the individual nutrient data with Recommended Nutrient Intake (RNI) for Malaysian (NCFFN 2005)

3.0 METHODOLOGY

3.1 Weight Food Record (WFR) Method

  1. Make sure that the weighing bowl is clean and the scale panel is showing ‘0’, if not press ‘TARE’. Record all food and drinks that you have consumed for 3 days (2 weekdays and 1 weekend) in the food record form. Use separate form for each day.
  2. Fill the weighing bowl with the food you wanted to weigh and record their weight. Weigh each food and drinks consumed accurately. All ingredient used in a dish should be recorded in detail as well.
  3. To add other food and weight them on the same bowl, repeat step 1 and 2.
  4. Please clean the weighing bowl after using them.
  5. Calculate nutrient intake using diet 4 software for your food intake as recorded in the food record form

3.2 24-Hour Recall Method

In the dietary recall method, a trained interviewer asks the respondent to recall in detail all the food and drink consumed during a period of time in the recent past to obtain detailed and accurate information about the food intake. Then interviewer must record all the information then later coding and analysis. In addition to recording responses, the interviewer helps the respondent remember all that was consumed during the period in question and assists the respondent in estimating portion size of food consumed. A common technique of the 24-hour recall is to begin by asking what the respondent first ate or drank on last awakening. The recall proceeds from the morning of present day to the current moment. After the interview, the recall is checked for mistakes or omissions. The recall can then be analyzed using a computerized diet analysis program. Most program allow to enter the name of the food into the computer and the select the appropriate method of preparation, serving size, and number of serving from the list of choices displayed on the computer screen. In some instances however, each food may have to code using a unique number or code that indentifies each food. The 24-hour recall is probably the most commonly used techniques for measuring diet. Consequently, it is important that health professionals involved in nutritional assessment understand, practice and master this technique.

Example of proper interview techniques:-

  • You must introduce your self (your name, who are you)
  • Than you must inform the purpose of counseling.
  • Listening without prejudices (avoid giving comment the food habits of subjects before all information have been gathered).
  • Make sure subject is comfortable
  • Jot down all types and amount of intakes of subjects
  • Always ask open- ended question
  • Use household measurement (cup, bowls, glasses, and spoon) geometric shapes (circles, triangles) and food labels.

3.3 Food Frequency Questionnaire (FFQ) Method

  1. The FFQ will distribute by lecture, and the students must complete the questioner were given.
  2. Dietary intake assessing by a self-administered, semi-quantitative FFQ based on a questionnaire designed for use in the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). The questionnaire consisted of 137 items of specific foods or food groups.
  3. There contain the frequency of consumption of the specified serving sizes based on household measures (e.g. cups, spoons) and natural units (e.g. 1 slice bread)
  4. Additional questions on the FFQ collected information on the trimming of visible fat from meat, frequency of fried food at home and fried takeaway food and specific types of fats and oils used on bread, vegetables and in cooking.
  5. Questions on the use of self-prescribed nutritional supplements were also included. Subjects were asked to recall their frequency of consumption of food items over the preceding 1 month.
  6. Average daily intake was calculated by: Weight of food (g) per day = intake frequency (conversion factor) x serving size x weight of food per serving (g).

Wednesday, January 28, 2009

welcome to nutri@kist

this blogspot was created to allow student from medical rehab dept attain some information in nutrition related subject. the course offered includes :

1. DKS 1043 Pemakanan & Kesihatan (sem 1).
2. DKK3074 Penilaian Status Pemakanan (sem 3).

the notes, lab manual and other discussion will provided here..we hope students will use the info to the fullest.. we also encourage student to post their opinion @ question to us..

regards,
Faizal, M. et al.