PENGUKURAN KOMPOSISI TUBUH BADAN KAEDAH IMPEDANCE
PENGENALAN
Penilaian komposisi tubuh badan manusia ialah faktor yang penting dalam penentuan status pemakanan sama ada untuk individu mahupun populasi. Komposisi tubuh badan terdiri daripada 2 bahagian, iaitu bahagian tubuh berlemak dan bahagian tubuh tanpa lemak. Berat kedua-dua bahagian itu membentuk jumlah berat badan. Bahagian tubuh tanpa lemak termasuklah otot, tulang dan air. Komposisi tubuh seseorang adalah tidak konstan dan dipengaruh oleh pelbagai faktor, seperti jantina umur tahap pertumbuhan atau perkembangan, kecergasan fizikal, status hormon dan kehamilan.
Bodystat 1500 MDD adalah alat yang dicipta untuk membekalkan satu kaedah yang cepat dan efektif untuk mengukur komposisi tubuh. Alat itu adalah hasil daripada teknologi moden dan sangat ideal untuk kegunaan perbuatan atau klinikal. Alat ini dicipta berdasarkan prinsip Bio-electrical Impedence Analysis. Ia boleh digunakan untuk mengukur komposisi tubuh termasuklah jisim lemak, jisim tubuh tanpa lemak, total berat
badan optimal, aras air badan dan sebagainya. Prinsip fizikal di sebalik teknik BIA ialah, komposisi tubuh tanpa lemak (otot, tulang, cecair badan) mempunyai 60-75% cecair elektrolit. Maka, bahagian ini boleh mengkonduksikan elektrik jauh lebih baik daripada komposisi lemak badan. Ini disebabkan komposisi lemak badan hanya mengandungi kandungan cecair yang sedikit, iaitu antara 5-10 %. Kedua-dua komposisi itu mempunyai nilai impedence yang sangat berbeza terhadap isyarat elektrik tinggi frekuensi. Pengukuran impedence tunggal menggambarkan darjah keresistenan terhadap pengaliran arus dalam badan, di mana cecair merupakan konduktor yang baik manakala lemak adalah konduktor yang tidak baik ( John et al. 1979). Kaedah pengukuran komposisi tubuh ini tidak memerlukan kemahiran dan bacaan ukuran yang sama boleh diperoleh pada setiap kali pengukuran. Alat ini boleh digunakan oleh semua orang kecuali bagi wanita yang hamil.
Kaedah antropometri adalah satu lagi kaedah untuk mengukur komposisi tubuh badan. Menurut Jelliffe (1966), antropometri adalah ukuran variasi dimensi fizikal dan komposisi kasar tubuh manusia pada tahap umur dan status pemakanan yang berlainan. Menurut beliau juga, penilaian antropometri dapat membezakan saiz tubuh secara keseluruhan. Ini merangkumi perkembangan rangka serta tisu lembut, iaitu tisu otot dan tisu lemak. Selepas Jelliffe, Mahan dan Arlin (1992) pula menyatakan bahawq, antropometri merupakan satu cara yang berkesan dalam pemeriksaan klinikal status pemakanan seseorang. Secara am, antropometri boleh dibahagi kepada 2 jenis, iaitu ukuran pertumbuhan untuk bayi, kanak-kanak dan remaja, misalnya ketinggian, berat badan dan sebagainya serta ukuran komposisi tubuh, seperti lipatan lemak dan jisim tubuh tanpa lemak. Setelah pengukuran dilakukan, indeks jisim tubuh(IJT), nisbah pinggang-pinggul, peratusan lemak tubuh, luas otot lengan atas dan luas lemak lengan atas dapat dihitung.
Pengukuran lipatan kulit denagn kaedah Harpenden Skinfold Calipers melibatkan penggunaan Kaliper untuk mencubit (pinch) kulit sampel pada tapak yang berlainan. Persamaan formula digunakan untuk menggantikan ukuran-ukuran yang telah dilakukan kepada bacaan lemak badan. Pengukuran antropometri ini memerlukan seseorang pengukur dan pemerhati yang terlatih dan mahir. Selain itu seseorang pengukur yang berbeza mungkin akan memberi hasil bacaan ukuran yang berbeza. Selain itu, pada populasi yang obes terutamanya, variasi ketumpatan lemak akan menyebabkan pemampatan lapisan lemak yang berbeza apabila kaliper digunakan (mencubit.) Lantaran itu, Harpenden Skinfold Caliper mungkin memberi pengukuran yang tidak tepat pada kumpulan populasi atau individual yang obes.
Sebarang perubahan dalam komposisi tubuh, tidak kira jisim lemak atau jisim tubuh tanpa lemak, menggambarkan status pemakanan seseorang. Pembahagian jisim lemak dan jisim tubuh tanpa lemak perlulah dikekal dalam suatu julat yang disarankan demi mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan “overfat” dan “lowfat” Masalah-masalah “overfat” termasuklah tinggi tekanan darah, tinggi aras kolesterol, ateriosklerosis, penyakit koronari, masalah respiratori, gangguan fungsi ginjal dan sebagainya. Masalah berkaitan dengan “lowfat” juga boleh berlaku disebabkan tisu adipos juga terlibat dalam fungsi normal badan. Maka, pengukuran komposisi tubuh badan semakin penting bukan sahaja dalam bidang pemakanan, tetapi juga perubatan, fisiologi, sukan dan sebagainya.
Dalam makmal ini, kedua-dua kaedah ini, iaitu kaedah bodystat dan kaedah antropometri digunakan untuk mengukur komposisi tubuh,. Hasil yang diperoleh dibandingkan untuk melihat ketepatan kedua-dua kaedah.
OBJEKTIF
1. Mempelajari teknik pengukuran komposisi tubuh badan dengan menggunakan alat Bodystat dan kaedah Antropometri, iaitu pengukuran lipatan kulit dengan menggunakan Harpenden Skinfold Calipers.
2. Membuat perbandingan antara kaedah Bodystat dengan kaedah lipatan kulit dengan berdasarkan keputusan yang didapati.
METODOLOGI
Kaedah:
BIOIMPEDENCE
Alat : BODYSTAT 1500 MMD (Isle of Man, British Isle)
1. Subjek dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut sebelum pengukuran dilakukan.
24 jam sebelum pengukuran, elakkan mengambil alkohol atau kafein.
12 jam sebelum pengukuran, elakkan senaman atau aktiviti cergas.
Pelajar dikehendaki berpuasa (tidak minum dan makan) 4-5 jam sebelum pengukuran dibuat.
Jangan minum air yang banyak sebelum pengukuran dibuat.
Pastikan subjek kosongkan pundi kencing sebelum ukuran dibuat.
*JANGAN melakukan aktiviti cergas sebelum ukuran dibuat. Tubuh badan akan kehilangan cecair tubuh melalui perpeluhan dan paras cecair yang rendah akan meningkatkan nilai impedance. Maka peratus lemak yang tinggi akan didapati.
2. Persiapan diri sebelum ukuran dibuat:
Barang-barang dalam seluar dan kocek subjek dikeluarkan. Subjek dipastikan tidak membawa atau memakai barang-barang yang boleh bertindak sebagai konduktor elektrik.
Berat badan tinggi subjek diukur dengan tepat dengan menggunakan alat penimbang SECA.
Kasut dan stoking kanan subjek ditanggalkan.
Subjek dikehendaki berbaring rata dengan lengan dan kaki sedikit terkangkang seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
*LAMPIRAN 1.Dipastikan tiada bahagian tubuh yang bersentuhan di antara satu sama lain.
Bagi subjek yang overweight, bahagian peha subjek mungkin bersentuhan. Maka kaki subjek perlu dikangkangkan lebih.
Subjek dipastikan berbaring dalam keadaan yang selesa sebelum dilekatkan sensor pad.
Pelekatan sensor pad dan sensor klip
i) Kawasan kulit yang akan dilekatkan ‘sensor pads’ dibersihkan dengan alkohol dan dikeringkan.
ii) Sensor pad dilekatkan di atas kulit, iaitu pada kaki dan tangan kanan tubuh.
Pada tangan kanan:
i) Satu sensor pad dilekatkan pada kawasan buku lali jari tengah bahagian dasar tapak tangan.
ii) Sensor pad kedua dilekatkan pada sendi pergelangan tangan. Hujung ‘sensor pad’ hendaklah menyentuh sendi pergelangan tangan ini seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah yang berikut:
• LAMPIRAN 2 Pada kaki kanan:
i) Satu sensor pad dilekatkan pada belakang tulang perantaraan ibu jari dengan jari pertama kaki.
ii) Sensor pad kedua menyentuh sendi pergelangan kaki seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah yang berikut:
LIHAT LAMPIRAN 3.
Sensor pad disambungkan pada sensor clip yang disambungkan kepada alat EZ comp 1500.
Subjek dikehendaki baring atas permukaan yang rata yang keras dengan kedua-dua kaki lurus dan tidak bersentuhan dan tangan di tepi badan. Tapak tangan menghadap ke bawah.
* Sebaik sahaja subjek baring pada posisi yang telentang, pastikan tungguk sekurang-kurangnya 4-5 minit sebelum tekan butang ENTER pada alat itu.
3. Suis alat dihidupkan
4. Data direkodkan:
i) Peratusan lemak dan kg/lb lemak
ii) Peratus jisim tanpa lemak dan kg/lb jisim tanpa lemak.
iii) BMR
iv) Pints water/liter water
v) ‘target fat’( di dapati dengan menekan Prog Target Weight)
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment